Jamuan buffet di Hotel Nozul Royal Al Madinah. Hidangan yang amat memuaskan hati kami dan berselera santap tanpa ada yang kurang.Alhamdulilah atas nikmat dan kurniaan mu Ya Allah.
Pemandangan di luar masjid nabawi,kelihatan jam yang besar dan bersebelahan hotel yang kita menginap di Madinah.Setelah selesai solat di masjid kami terus balik ke hotel untuk makan malam.Keindahan petang yang amat damai dan syahdu.
Solat jemaah zohor pertama kami yang begitu nikmat di Masjid Nabawi.Lebih nikmat umrahku bersama mak yang sentiasa berada disisi.Waktu bersama suami juga kurang sebab kita terpisah semasa melakukan solat dan akan bertemu selepas solat di bilik hotel.Pada jam 7.30pm,kami sudah selesai solat Isyak dan inilah waktunya para jemaah akan makan malam dan berbelanja untuk di buat cenderahati apabila pulang ke tanahair nanti.
Alhamdulilah, indah sungguh kota madinah ini.Dari jauh lagi terlihat payung-payung di gerbang pintu Masjid Nabawi.Terpesona melihat kota suci ini.Ya Allah kau permudahkan lah ibadah kami ini.Aamiin.
Tepat pada jam 11.30am, semua jemaah berkumpul di hotel lobby dan menanti pegawai AZZA travel serta mutawif untuk ke masjid nabawi dan memberi salam pada Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya.