Pendaftaran Umrahku

Tanggal 16 May 2018,aku tekad untuk meneruskan dengan rancangan menunaikan ibadah Umrah bersama mak dan suami.Sebenarnya nazar umrah ini telah lama aku niatkan pada tahun 2004 ketika aku sedang sakit tenat di hospital.Di atas sebab kesihatan dan kewangan yang tak mencukupi ia jadi tertangguh sehingga sekian lamanya. Hasrat yang tidak kesampaian.Aku tetap mengikuti kursus Umrah dan Haji pada tahun 2008,tingkatkan ibadahku walaupun nak ke Umrah begitu payah kerana diriku belum berkahwin dan aku juga tidak sihat.Tahun berganti tahun aku menanti dan berdoa agar aku tidak dimatikan Allah selagi belum menunaikan ibadah yang suci ini. Jodohku datang dulu pada tahun 2014 dan wang yang ku kumpul sewaktu bekerja pada tahun 2010 telah ku gunakan untuk majlis pernikahan. Arwah bapaku menjadi waliku di hari pernikahanku dan dia amat gembira melihat diriku memiliki seorang suami.Aku bertekad untuk mengumpulkan wang  agar hasratku tercapai.Arwah bapaku dijemput illahi  pada tahun 2017 dan sempat berwasiat untuk membiayai umrah kami bertiga dengan hasil penjualan rumahnya.Alhamdulilah rezeki kami.Kehilangan arwah bapaku cukup amat memilukan dan wasiat beliau kami tunaikan mohon beliau tenang disana.Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Nozol Royal Inn

Biometric Anson Road