Posts

Showing posts from January, 2019

Madinah Al Munawwarah

Image
Alhamdulillah tiba di kota Madinah pada waktu 7.30am waktu Arab Saudi. Indah sungguh bumi Madinah dengan udara yang dingin dan sejuk membuat diriku terpesona sebentar. Badan sudah teramat letih, setelah check in di hotel,kunci kamar masing-masing diberikan oleh pegawai travel. Masa untuk bersarapan pagi dan masuk ke bilik hotel untuk mandi dan berkumpul pada jam 11.30am di lobby. Pegawai akan membawa kami semua ke Masjid Nabawi untuk memberi salam pada nabi muhammad saw bersama para sahabat-sahabatnya.

Airport Jeddah

Image
Bertolak dari Singapore pada 6.30pm waktu SG.Flight selama 9jam sungguh amat meletihkan.Mata pula tak boleh nak tidur, tempat duduk pula bersebelahan engine kapal terbang,sepanjang berada di flight aku cuma makan, menonton movie,ke tandas dan kerap menonton live screen di tempat duduk penumpang. Hati gelisah dan risau tak sabar nak mendarat ke Jeddah Airport.Ini adalah kali pertama menunaikan ibadah umrah, maka debaran dan ghairah memang tak dapat nak ditepis lagi. Akhirnya jam 3.30am waktu Singapore kita akhirnya,mendarat di Jeddah Airport. Waktu disini 5 jam kebelakang.Waktu di Arab Saudi adalah 11.30pm.Alhamdulilah,rupanya selepas turun dari kapal terbang kami semua menaiki bas untuk ke pusat immigration. Kami bernasib baik,airport tak ramai orang,teruslah menuju ke kaunter. Syukur. Selepas, ambil bagasi, ke tandas, kami pun keluar ke pintu gerbang dan disambut oleh mutawif Indonesia bagi pihak Azza Travel.Dibawanya kami menuju ke sebuah bus untuk menuju ke kota Madinah.Perja

In Flight Meals

Image
Naik pesawat dalam kapal terbang pukul 6.30pm waktu Singapore dan sebaik saja ia dh berada diatas awan,penumpang pun menjamu makanan.Flight sepanjang 9 jam diberikan 2 kali makan set meal.Sungguh amat mengenyangkan,selepas makan waktu rehat dan 6jam kemudian diberi lagi makanan sebelum kapal terbang mendarat ke bumi. Seronok juga menjamu selera di atas awan yang tinggi. Nikmat Allah.

Saudi Airlines

Image
 Flight take off at 6.30pm from Singapore to Jeddah.

Selamat Tinggal Singapore

Image
Alhamdulilah dah check in immigration dan menunggu masa untuk naik flight.

Thank You Relatives

Image
Jutaan terima kasih ku ucapkan pada semua saudara mara yang hadir pada hari keberangkatan Umrah kami.

Flight Departure

Image
 Alhamdulilah setelah sekian lama menanti,tahun bersilih ganti akhirnya termakbul juga diri ini untuk melaksanakan ibadah Umrah.Yang lebih gembira buat aku adalah mak dan suami turut serta dalam ibadah ini. Arwah bapak pasti turut bergembira seandainya beliau masih hidup.Alhamdulilah tahun yang lama aku nantikan memberikan ganjaran yang tidak pernah aku duga.

Singapore Expo

Image
Sempat shopping dan berbelanja serta bergambar bersama Fahrin Ahmad. Semua anda lihat di photo ini adalah berharga $50.Jualan promosi akhir tahun.Berbaloi sungguh. Shopping sebelum berangkat Umrah.