Airport Jeddah

Bertolak dari Singapore pada 6.30pm waktu SG.Flight selama 9jam sungguh amat meletihkan.Mata pula tak boleh nak tidur, tempat duduk pula bersebelahan engine kapal terbang,sepanjang berada di flight aku cuma makan, menonton movie,ke tandas dan kerap menonton live screen di tempat duduk penumpang. Hati gelisah dan risau tak sabar nak mendarat ke Jeddah Airport.Ini adalah kali pertama menunaikan ibadah umrah, maka debaran dan ghairah memang tak dapat nak ditepis lagi.


Akhirnya jam 3.30am waktu Singapore kita akhirnya,mendarat di Jeddah Airport. Waktu disini 5 jam kebelakang.Waktu di Arab Saudi adalah 11.30pm.Alhamdulilah,rupanya selepas turun dari kapal terbang kami semua menaiki bas untuk ke pusat immigration.
Kami bernasib baik,airport tak ramai orang,teruslah menuju ke kaunter. Syukur.
Selepas, ambil bagasi, ke tandas, kami pun keluar ke pintu gerbang dan disambut oleh mutawif Indonesia bagi pihak Azza Travel.Dibawanya kami menuju ke sebuah bus untuk menuju ke kota Madinah.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, jika tak sempat solat subuh di Masjid Nabawi kami akan solat semasa dalam perjalanan.Dalam perjalanan, jemaah semua tidur dan berehat,bangun untuk solat subuh di Sarsco dan teruskan perjalanan lagi. Tepat jam 7.30am akhirnya kami sampai ke kota Madinah, alhamdulillah inilah pertama kali aku melihat keindahan kota ini....sungguh amat cantik... terutama di waktu pagi.






Comments

Popular posts from this blog

Nozol Royal Inn

Biometric Anson Road